Kunjungan Kelab UMNO ke Majlis Bacaan Yasin Kelab 1 Malaysia Mesir
Kunjungan ini bertujuan untuk meraikan penubuhan Kelab 1 Malaysia yang baru sahaja bertapak di bumi Mesir bersempena menyahut slogan yang dibawa oleh Perdana Menteri yang kita cintai Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia.Bacaan Yasin merupakan satu simbolik untuk kita sebagai penganut agama Islan dalam meraikan sesuatu pencapaian selaras dengan usaha pemimpin-pemimpin kita dalam melahirkan negara Islam yang moden setanding dengan negara-negara lain.
Majlis ini juga turut disertai oleh Pengarah Education Malaysia Kaherah,Prof. Madya Dr Jamil Bin Hasim dan juga exco-exco tertinggi kelab UMNO dari seluruh Mesir dan ini menambahkan lagi kemeriahan majlis bacaan yasin yang diadakan.Dalam kesempatan ini,kami exco-exco tertinggi Kelab UMNO Mansurah tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pendapat serta idea dalam mengukuhkan kelab-kelab di bumi mesir ini yang sememangnya kita tahu begitu mencabar.Dengan adanya perkongsian pengalaman dari pegawai-pegawai yang hadir,sekurang-kurangnya dapat menjadi satu pemangkin kepada kami generasi muda dalam usaha menerajui kepimpinan masa hadapan.
Majlis ini memberi impak besar kepada kami terutama semangat dalam usaha memantapkan Kelab UMNO dan Kelab 1 Malaysia di bumi Mesir yg amat mencabar ini.Alhamdulillah dengan adanya sokongan dari semua exco dan ahli kelab,insyaAllah Kelab UMNO akan teguh bertapak di Mansurah dan sentiasa disegani.






