cheap hotel reservations
Powered by Best Free Counters

Waktu Mesir

Friday, December 3, 2010

Sambutan aidil adha Mansurah 2010

Posted by 1 Malaysia On 3:36 PM 0 comments


SELASA, 2010 NOVEMBER 16
Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu, Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan Sampaikanlah kabar gembira kepada orang orang yang berbuat baik. 
(Surah Al-Hajj: 37)
Sambutan aidiladha pada tahun 2010 telah diadakan selama dua hari di Mansurah iaitu pada hari selasa dan rabu, bertarikh 16 dan 17 November 2010 bersamaan 10 dan 11 Zulhijjah 1431 H. Sambutan diadakan dengan kerjasama Kelab UMNO Mansurah (KUM), Global Medic Mansoura Student Council (GMMSC), Mansoura Manchester Medical Community (MMMC) dan Perubatan Cawangan Mansurah (PCM). Sambutan disertai hampir 800 orang warga Mansurah yang dipelopori oleh mahasiswa/wi perubatan.
Pada hari pertama, majlis sembelihan bermula selepas Solat Hari Raya Aidil Adha bertempat di hadapan rumah mahasiswa/wi di Syari’ Hassan Said, Mansurah. Sebanyak 4 ekor unta, 4 ekor lembu dan 20 ekor kambing telah dikorbankan hasil daripada kutipan penyertaan korban daripada para mahasiswa/wi dan sumbangan daripada pihak Education Malaysia. Aktiviti melapah di jalankan beramai-ramai dan sebahagian daripadanya diagihkan kepada mahasiswa/wi. Sarapan dan makanan tengah hari untuk hari pertama disediakan oleh Jawatankuasa Pelaksana secara bergotong royong untuk dijamu kepada mahasiswa/wi yang bertungkus lumus melapah, memotong, mengagihkan daging dan sebagainya. Majlis pada hari pertama selesai pada pukul 4 petang.
Pada hari kedua, hasil anjuran bersama Kelab UMNO Mansurah (KUM), Global Medic Mansoura Student Council (GMMSC), Mansoura Manchester Medical Community (MMMC) telah berjaya melengkapkan lagi majlis sambutan aidiladha 2010 di Mansurah dengan mengadakan jamuan makan, persembahan mahasiswa/wi dan tayangan video sambutan hari pertama, jawatankuasa pelaksana dan pengenalan MMMC serta Kelab 1 Malaysia Mesir. Majlis telah dihadiri oleh hampir 700 orang warga Mansurah dan tetamu VIP adalah Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Mansurah, Dr. Abdel Raouf, Dekan Fakulti Kejururawatan Universiti Mansurah, Profesor Nariman, Ko-ordinator Pelajar-pelajar Antarabangsa, Dr. Nesreen Omar, Penolong Pengarah Program Mansoura Manchester, Dr. Dahlia Salleh serta Pengerusi Stadium Olympic Universiti Mansurah, Mr. Osama. Majlis dimulakan pada jam 5.30 malam dan berakhir pada jam 8.30 malam.


0 comments:

Post a Comment